Selamat Mendengar

DRSUNNAHFM is one of the best online radio station on Malaysia. 
DRSUNNAH FM radio broadcast live 24hours hip hop music. 
DRSUNNAHFM radio live broadcasting from Malaysia.



speakermusicspeaker


 
Please wait for 10-20 seconds Radio is Loading…

MELALUI TUNEIN 

Monday 5 October 2015

Benarkah krimer bukan tenusu tidak bagus??

Apa itu Krimer Bukan Tenusu (KBT) ? Krimer, pada mulanya dihasilkan daripada produk tenusu dan menjadi bahan penambah perisa kepada minuman seperti kopi, teh, coklat dan sebagainya bagi menggantikan susu segar atau susu sejat. Oleh kerana itu ia diperbuat daripada hasil tenusu. Krimer dijual dengan harga yang agak mahal kerana mudah rosak serta perlu disimpan sejuk. Bagaimanapun, pada 1961 produk krimer bukan tenusu diperkenalkan dengan menawarkan harga yang lebih kompetitif, murah dan lebih tahan lama berbanding krimer tenusu dan menjadi kegemaran ramai sebagai pengganti krimer tenusu.


Krimer Bukan Tenusu (KBT) yang terdapat dalam pasaran boleh didapati dalam bentuk cecair, serbuk dan sejuk beku. Jenis serbuk paling digemari kerana ianya mudah dikendali, disimpan dan tahan lebih lama berbanding KBT bentuk lain. Kebaikan lain adalah ianya mudah larut dalam minuman panas, memberikan kuasa pemutih yang berkesan, penambah perisa kepada kopi dan teh. Ia dibungkus dalam unit kedap lembapan untuk menjamin kesegarannya dan tidak perlu disimpan dalam peti sejuk.

KBT jenis serbuk diperbuat daripada campuran bahan karborhidrat seperti maltodekstrin atau sirap glukos pepejal dan minyak sayuran seperti soya atau minyak jagung terhidrogen. Maltodekstrin atau sirap glukos memberikan sedikit rasa manis kepada KBT.

Bagaimanapun, bagi mebolehkan minyak sayuran cecair ini digunakan dalam penghasilan KBT ianya terlebih dahulu ditukarkan kepada bentuk pepejal atau separa pepejal yang dilakukan melalui proses hidrogenisasi. Ia membabitkan penambahan atom hidrogen ke dalam ikatan tidak tepu minyak sayuran cecair berkenaan.

Ketika proses tersebut, wujud asid lemak trans iaitu sejenis asid lemak yang dibuktikan memberi kesan buruk kepada kesihatan manusia. Asid lemak trans dikatakan berisiko menyebabkan saluran arteri yang membawa darah ke jantung menjadi keras dan tersumbat yang membawa kepada penyakit koronari jantung. Minyak sawit serta hasilnya amat sesuai bagi menggantikan minyak sayuran pepejal terhidrogen dalam penghasilan KBT.

Menyedari potensi besar pasaran KBT yang lebih sihat dan berkhasiat, penyelidik MPOB membangunkan formulasi bahan berlemak berasaskan sawit yang boleh digunakan dalam penghasilan KBT yang nyata bebas daripada asid lemak trans dan juga rendah asid lemak tepu. KBT berasaskan sawit adalah setanding dari segi warna, rasa, bau, kelarutan dan penerimaan secara keseluruhannya dengan KBT komersial yang berasaskan minyak sayuran pepejal terhidrogen.

1 comment: